Menu
Inti (makanan) Bahan intiHampir semua bahan boleh dijadikan pemadat. Banyak inti di Anglo-Amerika mengandungi roti atau bijirin, biasanya bersama dengan sayur-sayuran, herba dan rempah, dan telur. Inti sayur-sayuran Timur Tengah mungkin berdasarkan nasi berempah, daging cincang, atau gabungannya. Inti lain mungkin mengandungi sayur-sayuran dan herba sahaja. Beberapa jenis inti mengandungi daging sosej, sementara inti vegetarian kadang-kadang mengandungi tauhu. Daging babi panggang sering disertai dengan inti sej dan bawang di England; ayam panggang untuk makan malam Krismas boleh diisi dengan buah berangan manis. Tiram pula digunakan dalam inti tradisional untuk Hari Kesyukuran[12]. Ia juga boleh digabungkan dengan kentang lecek, untuk isi yang lebih banyak. Buah-buahan segar dan buah-buahan kering juga boleh ditambahkan ke dalam inti termasuk epal, aprikot, prun kering, dan kismis. Di England, kadang-kadang inti dibuat daripada bahu babi cincang yang dibumbui dengan pelbagai bahan, sej, bawang, roti, buah berangan, aprikot kering, kranberi kering dll.[5]
Campuran inti juga boleh dimasak secara berasingan dan dijadikan lauk. Ini mungkin masih disebut inti atau mungkin disebut kuah, curahan, sos atau lauk sahaja.[13]
Dalam masakan Melayu, inti boleh berupa pes sambal seperti ikan bakar atau juga manisan seperti untuk kuih-muih. Penyediaan inti biasanya dibuat terlebih dahulu sebelum menyediakan kulit atau bahagian luarnya.
Menu
Inti (makanan) Bahan intiBerkaitan
Inti Intifadah Pertama Inti (makanan) Intira Jaroenpura Inti (sains komputer) Intifadah Kedua Intifadah Intimidasi Intimate Inti monolitRujukan
WikiPedia: Inti (makanan) http://www.bbcgoodfood.com/recipes/140609/apricot-... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/2546/chicken-ba... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3052/rustic-che... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3054/apricot-an... http://www.deliaonline.com/recipes/cuisine/europea... http://www.foodnetwork.com/recipes/anne-burrell/st... http://www.foodnetwork.com/recipes/paula-deen/oyst... http://www.foodnetwork.com/recipes/stuffed-pork-ch... http://www.foodreference.com/html/artstuffing.html http://www.kctv5.com/story/30604359/turkey-day-tur...